Khidmat Bantu PSS & ICT Di SK Dato' Masu'd

Pada 28 Mac 2012, telah diadakan khidmat bantu PSS & ICT di SK Dato' Masu'd. Tujuan utama untuk membantu Guru Perpustakaan Dan Media dalam aspek pengurusan, pemantauan, pengisian iQ-PSS, i-NILAM, dan dokumentasi bagi memantapkan kelestarian pusat sumber di sekolah. Masalah berhubung ICT turut dibantu seperti membuat preventive maintenance, networking dan antivirus. Semoga segala usaha yang berterusan dapat memacu kecemerlangan pusat sumber sekolah dan memberi manfaat kepada semua pihak. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.












































Khidmat Bantu ICT Di SMK Alang Iskandar

Pada 26 & 27 Mac 2012, telah dijalankan khidmat bantu ICT di makmal komputer SMK Alang Iskandar. Antara proses kerja adalah membuat preventive maintenance, kemaskini dan memperbaharui lesen antivirus Kaspersky, format komputer, memeriksa, mengenalpasti masalah, membaikpulih kerosakkan laptop dan komputer, konfigurasi rangkaian bagi capaian internet, instalasi perisian Visual Basic untuk subjek ICTL serta mendapatkan data makmal komputer bagi tujuan dokumentasi terkini. Jumlah komputer sebanyak 42 buah, 36 berfungsi manakala 6 tidak berfungsi. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.



















Latihan Penggunaan Peralatan ICT Kaedah Multiseat Di SK Sungai Kepar

Pada 22 & 23 Mac 2012, telah dijalankan latihan penggunaan peralatan ICT kaedah multiseat di makmal komputer SK Sungai Kepar. Latihan melibatkan guru-guru sekolah SK Sungai Kepar, pegawai teknologi pendidikan dan juruteknik komputer PKG daerah Kerian. Kaedah multiseat bermaksud  satu komputer mampu melayani banyak pengguna dalam satu waktu yang bersamaan. Konfigurasi ini termasuk satu monitor, keyboard dan mouse bagi setiap penggunaanya. Antara latihan yang diberi adalah penggunaan HP Classroom Manager, Dewan Eja Pro 2010, dan EDraw Max V6.0. Selaras perkembangan pesat teknologi maklumat, semoga para guru dapat mentransformasikan kepelbagaian kaedah pengintegrasian proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.































Majlis Perjumpaan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian Bersama Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Perak

Pada 13 Mac 2012 telah diadakan Majlis Perjumpaan Pegawai Pelajaraan Daerah Kerian Bersama Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda PPD Kerian. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Majlis telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak, En Mohammad Yusof bin K. Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Pn Ommi Kalsom binti Mohamad, pegawai-pegawai di unit sektor PPD Kerian, dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG daerah Kerian. Tujuan utama majlis adalah untuk menyelaras fungsi dan jalinan muhibah bersama dalam membentuk permuafakatan dinamik bagi setiap organisasi. Laporan tahunan PKG daerah Kerian 2011 turut dibentangkan oleh Ketua PKG Daerah Kerian, iaitu Tn Hj A.Hamid bin Idris bagi menjelaskan segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Kegiatan Guru daerah Kerian sepanjang tahun 2011. Pelbagai input, soal jawab, idea, pandangan, perkongsian, permasalahan telah dibincangkan bersama dengan jelas. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.
Kunjungan Ringkas KPP BTPN Perak Ke PKG Telok Medan


Taklimat Memperkasakan PKG Daerah Kerian 2012

Pada 08 Mac 2012 telah diadakan Taklimat Memperkasakan PKG Daerah Kerian, bertempat di bilik mesyuarat PKG Bagan Serai. Seramai 12 orang hadir, terdiri dari PTP1, PTP 2 dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai dari unit perkhidmatan ICT BTPN Perak iaitu En Abd Aziz bin Jamaludin. Pelbagai input, perkara dan skop telah disampaikan oleh beliau supaya segala matlamat yang dirancang dapat dicapai dengan cemerlang. Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

Khidmat Bantu PAKAR Di SK Gunung Semanggol & SMK Gunung Semanggol

Pada 5 Mac 2012 telah dijalankan khidmat bantu ICT (PaKaR) di SK Gunung Semanggol. Seramai 5 orang juruteknik komputer PKG daerah Kerian terlibat. Tujuan utama untuk memasang dan membuat pengujian bagi peralatan makmal bahasa (MBMMBI) iaitu headset dan audio splitter sebanyak 40 unit. Pengujian peralatan turut dibuat untuk memastikan peralatan yang dibekalkan berfungsi. Masalah rangkaian seperti tiada capaian internet, masalah network port turut diselesaikan. Proses kerja turut melibatkan masalah perisian Net Support School yang tidak berfungsi. Ia di atasi dengan membuat instalasi semula. Jumlah pc sebanyak 21 buah, 20 berfungsi dengan baik. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.









































Khidmat Bantu ICT (PaKaR) Di SMK Gunung Semanggol

Selepas selesai khidmat bantu ICT (PaKaR) di SK Gunung Semanggol, lokasi seterusnya di SMK Gunung Semanggol. Tujuan utama untuk menyelesaikan masalah perisian Net Support School yang tidak berfungsi di makmal bahasa. Kaedah instalasi semula perisian dan memeriksa rangkaian dijalankan. Namun halangan terbesar adalah keupayaan pc yang terlalu rendah dari segi RAM (64MB), hardisk dan prosessor yang tidak memenuhi spesifikasi kehendak perisian Net Support School. Jumlah PC keseluruhan 21 buah. Jumlah pc yang berfungsi sebanyak 17 buah (windows xp = 11pc, windows 98 = 6 pc). Khidmat bantu selesai pada jam 5.oo petang. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat PAKAR Bil 2 / 2012

Pada 02 Mac 2012 telah diadakan Mesyuarat PAKAR PKG Daerah Kerian bil 2/2012, bertempat di PKG Bagan Serai. Mesyuarat dihadiri Pegawai Teknologi Pendidikan 1 & 2, serta Juruteknik Komputer PKG daerah Kerian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PTP1 PKG Kuala Kurau, En Sofian bin Ahmad. Agenda utama untuk menerangkan hasil perbentangan dapatan mesyuarat di BTPN Perak kepada semua pegawai. Pelbagai input, idea, agenda, perkongsian, permasalahan dibincangkan bersama bagi mencapai hala tuju yang telah ditetapkan. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.15 tengah hari. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.


AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 PUSAT SUMBER PUSAT KEGIATAN GURU TELOK MEDAN, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

PENAFIAN:Pusat Kegiatan Guru Telok Medan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Pengikut