Kursus Virtual Learning Enviroment (VLE)

Pada 17 Julai 2012 telah diadakan Kursus Virtual Learning Enviroment (VLE) bertempat di PKG Bagan Serai. Ia dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG daerah Kerian. Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan awal tentang perisian FROG yang akan diimplimentasi penggunaannya di sekolah kelak. Pelbagai tatakelola asas perisian FROG telah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih berkaliber iaitu PTP 1 PKG Bagan Serai, Ustaz Abd Basit b. Mohamed Noor. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Tiada ulasan:

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 PUSAT SUMBER PUSAT KEGIATAN GURU TELOK MEDAN, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

PENAFIAN:Pusat Kegiatan Guru Telok Medan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

Pengikut