Pahatan Memori Rehlah Berfokus Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Khidmat Bantu ICT Di SMKA Kerian

Khidmat bantu ICT di SMK Agama Kerian telah dijalankan pada 23,24 & 27 Februari 2012. Tujuan utama membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah berhubung rangkaian, konfigurasi, dan penyelenggaraan komputer. Pada 23 Februari 2012, antara proses kerja adalah memeriksa, mengenalpasti kerosakkan dan membaikpulih masalah komputer di makmal komputer. Sebanyak 9 pc telah dibaik pulih dari segi masalah capaian internet. Pengujian kelajuan capian internet bagi pemasangan 1BestariNet turut dijalankan. Kelajuan melebihi 2Mbps. 

Pada 24 Februari 2012, proses kerja melibatkan konfigurasi router wireless sekolah. Selepas pemasangan 1BestariNet, semua router wireless yang sedia ada di sekolah perlu diubah setting menggunakan ip address zoom 1BestariNet. Tujuan supaya, penggunaan router wireless yang sedia ada dapat digunakan berterusan. Sebanyak 3 router wireless telah berjaya dikonfigurasi.

Pada 27 Februari 2012, proses kerja melibatkan membuat perkabelan (RJ45) semula pada switch (24 port) di pejabat sekolah melibatkan 10 kabel (RJ45), bilik gerakan 4 kabel (RJ45) dan bilik peperiksaan 5 kabel (RJ45). Semua kabel berfungsi dengan baik setelah dibuat pengujian. Khidmat bantu ini telah dibantu oleh juruteknik komputer PKG Gunung Semanggol, Mohd Hafiz bin Ariffin. Pihak PKG Teluk Medan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama oleh semua pihak yang terlibat.






0 ulasan:

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 PUSAT SUMBER PUSAT KEGIATAN GURU TELOK MEDAN, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

PENAFIAN:Pusat Kegiatan Guru Telok Medan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.