Isnin, 5 Mac 2012

Khidmat Bantu PAKAR Di SK Gunung Semanggol & SMK Gunung Semanggol

Pada 5 Mac 2012 telah dijalankan khidmat bantu ICT (PaKaR) di SK Gunung Semanggol. Seramai 5 orang juruteknik komputer PKG daerah Kerian terlibat. Tujuan utama untuk memasang dan membuat pengujian bagi peralatan makmal bahasa (MBMMBI) iaitu headset dan audio splitter sebanyak 40 unit. Pengujian peralatan turut dibuat untuk memastikan peralatan yang dibekalkan berfungsi. Masalah rangkaian seperti tiada capaian internet, masalah network port turut diselesaikan. Proses kerja turut melibatkan masalah perisian Net Support School yang tidak berfungsi. Ia di atasi dengan membuat instalasi semula. Jumlah pc sebanyak 21 buah, 20 berfungsi dengan baik. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.









































Khidmat Bantu ICT (PaKaR) Di SMK Gunung Semanggol

Selepas selesai khidmat bantu ICT (PaKaR) di SK Gunung Semanggol, lokasi seterusnya di SMK Gunung Semanggol. Tujuan utama untuk menyelesaikan masalah perisian Net Support School yang tidak berfungsi di makmal bahasa. Kaedah instalasi semula perisian dan memeriksa rangkaian dijalankan. Namun halangan terbesar adalah keupayaan pc yang terlalu rendah dari segi RAM (64MB), hardisk dan prosessor yang tidak memenuhi spesifikasi kehendak perisian Net Support School. Jumlah PC keseluruhan 21 buah. Jumlah pc yang berfungsi sebanyak 17 buah (windows xp = 11pc, windows 98 = 6 pc). Khidmat bantu selesai pada jam 5.oo petang. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Jumaat, 2 Mac 2012

Mesyuarat PAKAR Bil 2 / 2012

Pada 02 Mac 2012 telah diadakan Mesyuarat PAKAR PKG Daerah Kerian bil 2/2012, bertempat di PKG Bagan Serai. Mesyuarat dihadiri Pegawai Teknologi Pendidikan 1 & 2, serta Juruteknik Komputer PKG daerah Kerian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PTP1 PKG Kuala Kurau, En Sofian bin Ahmad. Agenda utama untuk menerangkan hasil perbentangan dapatan mesyuarat di BTPN Perak kepada semua pegawai. Pelbagai input, idea, agenda, perkongsian, permasalahan dibincangkan bersama bagi mencapai hala tuju yang telah ditetapkan. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.15 tengah hari. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat.


Rabu, 29 Februari 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Dan Media

Pada 29 Februari 2012, telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Dan Media kelompok PKG Teluk Medan. Seramai 19 orang guru GPM telah hadir. Pelbagai input, idea, agenda, pendapat, perkongsian, permasalahan dibincangkan bersama bagi memperkasakan PSS di sekolah. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dan di pengerusikan oleh Tn Hj A.Hamid Bin Idris, selaku ketua PKG Teluk Medan. Jutaan terima kasih di atas kerjasama dan respon positif dari semua pihak yang terlibat.
















Khidmat Bantu ICT Di SMK Bagan Serai
Pada 29 Februari 2012, telah dijalankan khidmat bantu ICT di makmal komputer SMK Bagan Serai. Tujuan utama menyelesaikan masalah rangkaian dan pc yang tidak mendapat capaian internet. Antara proses kerja memeriksa, membuat pengujian pada setiap pc, kabel RJ45 dan network port. Setelah membuat konfigurasi ip address pada setiap pc, internet dapat diakses dengan baik secara kabel dan wireless. Jumlah pc di makmal A yang berfungsi sebanyak 16, jumlah pc kerosakkan network port sebanyak 2 dan jumlah pc yang rosak sebanyak 2 buah. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat.






















Khidmat Bantu ICT Di SMK Alang Iskandar

Pada 28 Februari 2012 telah dijalankan khidmat bantu ICT di SMK Alang Iskandar. Tujuan utama untuk upgrade RAM dari 256MB kepada 512MB bagi membolehkan instalasi perisian visual basic.Di samping menyelesaikan masalah networking bagi pc yang tiada capaian internet. Sebanyak 18 pc berfungsi di Makmal B dan 3 buah pc tidak berfungsi. Jutaan terima kasih di atas kerjasama bagi semua pihak yang terlibat.



















AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Jul 2009 PUSAT SUMBER PUSAT KEGIATAN GURU TELOK MEDAN, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

PENAFIAN:Pusat Kegiatan Guru Telok Medan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.